Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesihatan mental: Presiden Halimah seru prihatin akan penjaga, belia dan warga emas

Feb 04, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA mesti prihatin mengenai tiga golongan penduduk - penjaga, belia dan warga emas - bagi memastikan kesihatan mental rakyat Singapura sihat.



Ini ditekankan Presiden Halimah Yacob semasa berucap di majlis jamuan malam gala pengumpulan dana ulang tahun ke-10 Kelab Heal semalam.



Beliau juga berkongsi beberapa inisiatif yang telah dilaksana oleh Kelab Heal bersama Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) untuk meningkatkan sokongan kepada tiga golongan itu.



Presiden Halimah, yang juga penaung Kelab Heal dan tetamu terhormat di majlis itu, berkata penjaga orang yang mempunyai isu kesihatan mental menghadapi cabaran unik.



"Ini termasuk perlu menjaga orang tersayang yang tidak menerima rawatan, menghadapi keadaan keluarga yang sukar, dan kesukaran mencari pekerjaan yang menawarkan fleksibiliti yang diperlukan untuk menjaga orang tersayang," ujar beliau.



Bagi menangani cabaran tersebut, Kelab Heal antara lain telah bekerjasama dengan MOH dan AIC untuk membentuk pasukan jangkauan masyarakat.



Matlamatnya ialah menyokong penjaga dan menghubungkan mereka dengan sumber bagi sokongan.



Satu lagi golongan yang disokong Kelab Heal ialah belia.



Persatuan itu adalah salah satu daripada empat agensi perkhidmatan sosial (SSA) yang dilantik untuk menjadi sebahagian daripada program SYiNC (Menyokong Belia dalam Masyarakat).



SSA di bawah program itu, yang dilancarkan pada Mac 2022, telah dilatih oleh Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk menyediakan intervensi dan sokongan psiko-sosial kepada belia berumur antara 13 dan 19 tahun yang menghadapi isu kesihatan mental.



Ia termasuk gangguan berkaitan tekanan, kemurungan, ketagihan dan tingkah laku mencederakan diri sendiri.



Mengenai peri penting menunjukkan keprihatinan terhadap warga tua, Puan Halimah berkata:



"Apabila populasi kita semakin meningkat, adalah penting untuk memberi perhatian kepada kesihatan mental warga emas kita. Kesihatan mental mesti dianggap sebagai komponen penting dalam penuaan."



Menurut Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional 2021, orang dewasa lebih tua yang berumur 60 hingga 74 tahun paling kurang bersedia untuk mendapatkan bantuan bagi kesihatan mental.



"Saya berharap pusat baru Kelab Heal di Eunos akan membolehkannya menjangkau lebih ramai warga emas serta penjaga," kata Puan Halimah.



Kelab Heal ditubuhkan pada Februari 2012 oleh sekumpulan individu bagi membantu orang yang mempunyai isu kesihatan mental dan keluarga mereka. Ia menyediakan kaunseling, pendidikan psikososial dan sokongan untuk klien dan keluarga mereka



Majlis jamuan di Orchid Country Club itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-10 Kelab Heal dan mengumpul dana bagi menampung kos ubah suai pusat Kelab Heal di Eunos.



Turut hadir di majlis itu ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, dan Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >