Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

berita

Kesihatan penjaga warga senja turut terjejas: Kajian Duke-NUS

Jun 10, 2023 | 02:21 PM



Sejumlah penjaga warga senja menghadapi masalah kesihatan sendiri dan ini mungkin menjejas kemampuan mereka melakukan tugasan memberi jagaan, seperti mengangkat golongan senja ke kerusi roda.

Isu kesihatan mereka juga mungkin menjadikan mereka lebih terdedah kepada cabaran dan tekanan yang timbul akibat memberi jagaan, kata Penolong Profesor Rahul Malhotra, penyelidik utama satu kajian baru yang memberi tumpuan kepada golongan penjaga warga senja berusia 75 tahun ke atas itu.

Meskipun pandemik Covid-19 menyebabkan aturan kerja dari rumah tambah meluas, dua tahun selepas pandemik bermula, terdapat hanya kenaikan kecil dalam kalangan golongan penjaga ini yang tempat kerja mereka menawarkan sususan kerja fleksibel, kata Dr Malhotra.

Dr Malhotra adalah ketua penyelidik di Pusat bagi Kajian dan Pendidikan Penuaan (Care) di Sekolah Perubatan Duke-NUS.

Beliau menambah, kajian itu meninjau kesejahteraan penjaga warga emas berusia 75 tahun ke atas dan kumpulan warga senja ini merupakan segmen yang tumbuh dengan pesat dalam kalangan penduduk warga lebih senja di Singapura dan di serata dunia.

Ramai dalam kalangan warga lebih senja juga perlukan bantuan dengan sekurang-kurangnya satu kegiatan dalam kehidupan harian, seperti mandi dan memakai pakaian.

Kajian Peralihan Memberi Jagaan Dalam Kalangan Pemberi Jagaan Keluarga bagi Warga Senja Singapura (Trace) menemu ramah 278 orang yang kebanyakannya terdiri daripada penjaga utama kepada seorang anggota keluarga.

Ia diterbitkan dalam laman Care pada Mac lalu.

Tidak seperti kebanyakan kajian penjaga di sini, kajian Trace mengambil masa yang lama menjejak mereka yang ditinjau saban masa, sedang kesihatan dan tanggungjawab memberi jagaan mereka yang ditemu ramah berubah saban tahun, katanya.

“Dalam sebuah negara dengan penduduknya yang pesat menua, adalah penting untuk mengkaji penjaga warga senja, agar mereka tahu akan dasar dan amalan yang ditumpukan dan memanfaatkan mereka, serta yang memanfaatkan penerima jagaan mereka yang lebih tua,” tambah Dr Malhotra.

Kajian itu mendapati bahawa kadar usia golongan penjaga warga emas ini adalah sekitar 62 tahun. Hampir tiga dalam setiap empat penjaga adalah wanita. Sejumlah 73 peratus penjaga ini adalah anak atau anak menantu mereka yang dijaga, sementara 23 peratus adalah pasangan mereka.

Bakinya adalah adik-beradik dan cucu.

Sekitar seorang dalam setiap tiga penjaga belum pernah berkahwin, menurut laporan The Straits Times pada 10 Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >