Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIRI 'BINCANG BH': PERBINCANGAN MEJA BUNDAR BERSAMA ENCIK SAKTIANDI SUPAAT

Ketahui dan fahami kesan strategi Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan

Saktiandi tekankan usaha perlu dilakukan demi harungi perubahan dan cabaran hari muka Ekonomi Singapura berada di titik perubahan penting sedang ia menghadapi pelbagai cabaran termasuk pertumbuhan lembap dan teknologi disruptif yang mengubah pasaran dan gaya hidup. Siri perbincangan meja bundar, 'Bincang BH', mengundang beberapa pakar baru-baru ini untuk mengupas cabaran dan peluang dalam perubahan ekonomi itu. Sebelum ini, tiga sesi perbincangan telah diadakan bagi membincangkan cabaran yang dihadapi masyarakat secara keseluruhan, cabaran kepelbagaian serta ancaman pengganasan. NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg) dan IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg) melaporkan.
May 29, 2016 | 05:30 AM



MASYARAKAT perlu mengetahui dan memahami kesan-kesan strategi yang dilakarkan Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan apabila ia diumumkan kelak supaya dapat mengharungi perubahan dan cabaran masa depan, kata Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat.



Berkata demikian semasa sesi perbincangan meja bundar bersama beliau yang dianjurkan Berita Harian baru-baru ini, Encik Saktiandi berkata setiap segmen masyarakat perlu memahami kesan strategi supaya dapat menerapkannya dalam keadaan masing-masing.



"Segmen-segmen yang berlainan perlu melihatnya dengan lensa mata yang berlainan.



"Untuk warga muda, keadaannya berbeza. Untuk pekerja dalam industri-industri lain juga berbeza. Jadi, kita perlu mengamatinya," katanya.



Encik Saktiandi menggariskan beberapa ciri, skim dan inisiatif yang boleh dimanfaatkan setiap segmen masyarakat yang berbeza dalam membuat persiapan bagi masa depan.



Umpamanya, beliau berkata warga muda perlu mempunyai kebolehan menyesuaikan diri pada perubahan apabila ia berlaku.



Pekerja dalam lingkungan usia 40-an dan 50-an tahun pula boleh memanfaatkan skim SkillsFuture dan inisiatif pemerintah lain bagi mempertingkatkan diri.



Pelajar pula boleh menyertai skim yang dilakarkan pemerintah bagi meningkatkan daya keingintahuan intelek serta memperdalam kursus pembelajaran menerusi program bekerja sambil belajar.



Sementara itu, peniaga juga boleh memanfaatkan skim-skim untuk terus memajukan perniagaan, katanya lagi.



"Kita membincangkan tentang mempertingkatkan pengetahuan kita mengenai keadaan dunia hari ini, namun kita juga perlu memahami bagaimana ia menjejas kita," tambahnya.



Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Azmoon Ahmad, pula berkata masyarakat perlu membuat persiapan dan berfikiran terbuka serta mempunyai daya ketahanan dalam menghadapi cabaran.



"Bagi saya, daya ketahanan adalah apabila kita berhadapan dengan keadaan. Kita akan meneroka huraian dan kemudian melakukannnya langkah demi langkah. Itu saranan saya kepada pekerja masa depan kerana perubahan akan datang dan ia akan berlaku dengan lebih laju," katanya, yang juga Naib Presiden Kanan dan Anggota Pengurusan Eksekutif Desay SV Automotive.



Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Zahidi Abdul Rahman, berkata masyarakat perlu memanfaatkan dasar kekuatan dan menggunakan daya cipta dan bakat seni untuk membuat sesuatu yang baru.



"Sama ada nak buat nasi lemak yang bagus ataupun nak buat cara khidmat penghantaran yang berlainan ataupun membuat seni yang baik. Asalkan menggunakan bakat seni sedia ada bagi mencipta masa depan kita sendiri. Jadi, kita yang menjadi tunggak masa depan kita, bukan kita sebagai pengguna barang daripada orang yang di luar," katanya.



Menekankan kepentingan memanfaatkan skim dan inisiatif yang ada demi mempertingkat dan memperdalam kemahiran dan memajukan perniagaan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSA Consulting Group, Encik Suhaimi Salleh, berkata masyarakat harus ada keinginan terus menimba ilmu dan peka akan apa yang berlaku di sekeliling mereka.



"Kita perlu mempunyai kebolehan untuk berubah apabila ekonomi berubah," katanya.



Pemilik VersaFleet, Encik Shamir Abdul Rahim, pula berharap masyarakat memupuk ciri keingintahuan intelek supaya mahu terus memperdalam kemahiran dan pengetahuan mereka.



Umpamanya, beliau berkata, jika seseorang minat pada fotografi, orang itu bukan hanya harus belajar tentang cara mengambil gambar dan sebagainya, malah juga 'membuka' kamera dan melihat serta mempelajari apa yang ada di dalam kamera itu.



"Dalam latihan itu, walaupun maklumatnya mungkin tidak berharga tetapi latihan mendalami sebegitu akan membina diri kita sebagai seorang profesional," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >