DENGAN pengalaman beliau dalam sektor hospitaliti dan hartanah selama 15 tahun, Encik Chong Kee Hiong berharap dapat meningkatkan mutu kehidupan penduduk Bishan-Toa Payoh, terutama sekali dalam isu-isu perumahan dan perbandaran.
Encik Chong, ketua pegawai eksekutif (CEO) di syarikat pelaburan hartanah, OUE Hospitality REIT Management, diperkenalkan sebagai pengganti mantan Timbalan Perdana Menteri Wong Kan Seng untuk bertanding dalam pilihan raya bagi GRC Bishan-Toa Payoh sebagai salah seorang calon Parti Tindakan Rakyat (PAP).