Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua eksekutif Temasek Ho Ching jelaskan bagaimana rizab negara diurus

Sep 07, 2015 | 06:11 PM



SEBAHAGIAN daripada rizab Singapura diperuntukkan untuk masa depan tetapi sebahagian keuntungan dan pulangan yang dihasilkan dibelanjakan untuk generasi hari ini.


Ini dinyatakan oleh ketua eksekutif Temasek Holdings, Cik Ho Ching, dalam Facebooknya yang menjelaskan bagaimana Republik ini menguruskan rizabnya.


Dalam kiriman pagi ini Isnin (7 September), Cik Ho berkata ini merupakan cara untuk memastikan perkongsian saksama antara generasi, dan telah membantu Singapura mengekalkan kedudukannya di kalangan segelintir negara dunia yang memiliki penilaian 'triple-A'.


Sehingga separuh pulangan daripada pelaburan rizab lalu mungkin digunakan bagi perbelanjaan pemerintah sekarang di bawah Perlembagaan Singapura, kata beliau.


Perlembagaan dipinda pada 1991 untuk memerlukan setiap pemerintah berturutan melakukan perbelanjaan mengikut kemampuan, membelanjakan apa yang mereka raih semasa tempoh pemerintahan mereka, kata Cik Ho.


Rizab lalu yang dikumpulkan oleh generasi dan pemerintah lalu sebelum pilihan raya terkini, dikunci perbelanjaannya melainkan mendapat kebenaran Presiden.


Cik Ho mengupamakan pengurusan rizab Singapura seperti seorang datuk melindungi simpanan dan faedah yang diraih untuk generasi masa depan.


Anak-anaknya kemudian perlu memutuskan sama ada untuk menyimpan kesemua faedah yang diraih itu untuk generasi masa depan yang belum terlahir, atau membelanjakan sebahagiannya untuk keperluan hari ini setiap tahun.


Pulangan daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS), GIC dan Temasek Holdings - tiga institusi kewangan yang menguruskan rizab negara - dan pelaburan lain, seperti faedah daripada bon, berjumlah $8.6 bilion tahun lalu.


Ini membantu membiayai Pakej Generasi Perintis sebanyak $8 bilion, kata Cik Ho.


"Pulangan daripada simpanan dan rizab lalu wajar digunakan cara seperti ini untuk diberikan kepada Generasi Perintis.


"Ia memberi makna kepada mereka yang bekerja dalam institusi-institusi ini, pada masa lalu dan sekarang mahu pun masa depan," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >