Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua Pengarah Eksekutif PA dilantik

Oct 18, 2022 | 05:30 AM



MULAI 1 November ini, Encik Jimmy Toh Yong Leng, akan dilantik sebagai Ketua Pengarah Eksekutif (Pengganti) Persatuan Rakyat (PA).



Beliau akan mengambil-alih tugas Ketua Pengarah Eksekutif PA mulai 1 Januari tahun depan bagi menggantikan Encik Lim Hock Yu yang akan melepaskan jawatannya selaku Ketua Pengarah Eksekutif (CED) pada hari yang sama, menurut kenyataan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) semalam.



Selaku Timbalan Ketua Perhubungan Pemerintah (Operasi) dan Pengarah Kanan (Perhubungan Awam) di Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), Encik Toh memainkan peranan penting dalam menyelaras keseluruhan inisiatif perhubungan pemerintah, baik dalam Kumpulan Penerangan MCI dan merentasi pemerintah.



Baru-baru ini, beliau mengetuai usaha bersepadu dan menyeluruh dalam mengemukakan maklumat tentang Covid-19 yang mengikut kesesuaian masa dan tepat merentasi pelbagai wadah yang meluas.



Beliau juga mengetuai transformasi perhubungan pemerintah dengan membangun saluran WhasApp Gov.sg, enjin terjemahan mesin SG Translate dan memasang panel paparan digital di estet perumahan HDB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >