Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua tentera laut Australia terima anugerah tentera ulung Singapura

Jun 28, 2016 | 02:30 PM



PANGLIMA Tentera Laut Diraja Australia dianugerah Pingat Jasa Gemilang (Tentera) oleh Presiden Tony Tan Keng Yam pada Selasa (28 Jun).



Menteri Pertahanan Ng Eng Hen menyampaikan anugerah itu kepada Laksamana Muda Timothy Barrett dalam satu majlis di Kementerian Pertahanan (Mindef).



Mindef berkata anugerah tersebut ialah bagi mengiktiraf sumbangan besar Laksamana Muda Barrett dalam menjalin hubungan lebih erat antara Tentera Laut Diraja Australia dan Angkatan Laut Republik Singapura (RSN).



"Laksamana Muda Barrett menggalak kerjasama lebih erat antara dua tentera laut itu dalam latihan dua hala dan pelbagai hala, termasuk Latihan Singaroo, Latihan Kadaku, Latihan Pacific Reach, dan paling baru-baru ini, latihan Keselamatan Maritim dan Pencegahan Pengganasan Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM)-Plus yang Singapura anjurkan bersama Australia, Brunei dan New Zealand," katanya.



Beliau juga amat menyokong latihan RSN di Australia



Menurut Mindef, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Pertahanan Australia berkongsi sejarah panjang dalam kerjasama ketenteraan, dalam bentuk latihan dua hala dan pelbagai hala, kerjasama operasi dan pertukaran profesional.



Dalam lawatan tiga hari beliau ke Singapura, Laksamana Muda melakukan kunjungan ke atas Panglima Angkatan Tentera, Mejar-Jeneral Perry Lim, dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Lai Chung Han.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >