SUDIKAH anda membuka rumah anda Hari Raya ini kepada orang yang tidak dikenali dan menyambutnya seperti saudara atau rakan anda sendiri?
Sekumpulan warga Singapura bakal berbuat demikian pada 1 Syawal untuk menyambut Aidilfitri bersama beberapa mualaf atau saudara baru yang mereka tidak kenal sebelum ini.