Topic followed successfully
Go to BHku'Keturunan Banjar mesti bersatu, kekalkan warisan'
Premium
'Keturunan Banjar mesti bersatu, kekalkan warisan'
Nov 17, 2014 | 5:30 AM
'Keturunan Banjar mesti bersatu, kekalkan warisan'
MAJLIS PERTEMUAN MERAPATKAN SILATURAHIM: Majlis pertemuan kaum keluarga termasuk beberapa orang kaya Banjar yang pernah diadakan di sebuah rumah di East Coast Road dalam 1957. - Foto-foto lama ihsan BURHAN MOHAMED -
SATUKAN semula orang Banjar demi mengekalkan tradisi, bahasa dan juga sejarah warisan kaum minoriti Melayu Singapura yang hampir hilang itu.
Melahirkan harapannya, Encik Burhan Mohamed, 72 tahun, keturunan keenam Syekh Muhammad Arshad Al-Banjari, ulama fikah tersohor asal Martapura, Kalimantan, berkata beliau sanggup memulakan usaha itu jika mendapat sokongan daripada masyarakat Banjar sendiri.

