Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMINAR KESEDARAN SERANGAN SEKSUAL

Keupayaan pihak polis kumpul, simpan bukti DNA bakal dipertingkat

Apr 13, 2022 | 05:30 AM



PIHAK berkuasa merancang untuk mempertingkat keupayaan pihak polis untuk mengumpul dan menyimpan bukti DNA dan akan mengumumkan langkah lanjut dalam masa terdekat, menurut Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.



DNA harus diberikan tumpuan, terutama sekali dalam konteks jenayah seksual, memandangkan pelbagai jenayah dapat dihuraikan dengan menggunakan bukti DNA, tambahnya.



Berkata demikian dalam ucapannya semasa Seminar Kesedaran Serangan Seksual semalam, Encik Shanmugam menukil contoh penggunaan keupayaan pengumpulan DNA dalam kes rogol.



"Pihak polis telah memadankan profil DNA dari lokasi di mana berlakunya rogol dan tubuh mangsa dengan sampel darah dari kes lain.



"Sebelum pemadanan ini, kes tersebut tidak dapat dihuraikan selama lebih sepuluh tahun," ujarnya.



Dengan pemadanan tersebut, pihak polis berjaya mengenal pasti perogol tersebut dan memastikan dia menerima hukuman sewajarnya.



"Tanpa kuasa untuk mengumpul dan menyimpan bukti DNA, perogol tersebut tidak akan diberkas.



"Untuk itu kami sedang meneliti kuasa mengumpul dan menyimpan (bukti DNA) ini dan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat," ujarnya.



Bukti DNA memainkan peranan penting dalam siasatan kes serangan seksual, kata Superintenden Polis, Pakar Utama (Siasatan), Pasukan Polis Singapura (SPF), Cik Cindy New.



"Penting bagi mangsa serangan seksual perlu melaporkan jenayah itu secepat mungkin supaya kita dapat mengumpulkan bukti melalui pemeriksaan perubatan forensik.



"Dari pengalaman saya, DNA terbukti berguna dalam siasatan terhadap serangan seksual," katanya kepada pihak media selepas seminar semalam.



Bukti DNA telah digunakan dalam usaha memberkas perogol dalam satu kes pada 2013.



"Tiada rakaman CCTV, tiada saksi tapi kami berjaya mendapatkan DNA yang membuktikan pesalah telah menyeret mangsa.



"Pesalah tersebut kemudian diberkas dan dijatuhkan hukuman 15 tahun dan 24 sebat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >