MENTERI Kesihatan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin, berasa optimis negara itu berupaya kembali mengeksport ayam, termasuk ke Singapura, tidak lama lagi.
Ini hasil usaha negara itu bekerja rapat dengan pengeluar ayam di Malaysia untuk menambah jumlah ayam yang dihasilkan serta memastikan terdapat bekalan makanan ayam yang dimampui.
Encik Khairy berkata demikian dalam satu wawancara dengan media sempena lawatannya ke negara ini, semalam.
Dalam wawancara itu, beliau menggariskan antara faktor yang menimbulkan situasi sukar sekarang hingga menjejas bekalan makanan ayam dan pengeluaran ayam serta harga ayam yang tinggi di Malaysia.
Namun, beliau berkata larangan eksport itu diharapkan sementara sahaja dan tidak berlanjutan hingga beberapa bulan.
Laporan lanjut: SEKITAR WAWANCARA