LEBIH daripada $1 bilion akan dibelanjakan di peringkat awal bagi mendapatkan 99 kereta api MRT baru bagi rangkaian kereta api Singapura, dalam usaha berterusan untuk meningkatkan keandalan sistem kereta api setempat.
Namun, Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, dalam pos di blognya semalam menyifatkan jumlah $1.1 bilion itu sebagai pelaburan berbaloi dan akan terbukti lebih menjimatkan kos dalam jangka panjang.