ENCIK Khaw Boon Wan, yang bakal menjadi Menteri Pengangkutan yang baru, telah melakukan lawatan pertamanya ke syarikat SBS Transit dan SMRT hari ini, Rabu.
Menulis dalam blognya, Encik Khaw yang akan meninggalkan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Negara (MND), berkata lawatan-lawatan pertamanya bagi tempoh beberapa hari akan datang adalah untuk mengunjungi kru penyenggaraan di depoh dan bengkel mereka.
"Saya berharap dapat mengenali mereka dengan rapat, memahami keprihatinan dan aspirasi mereka. Saya berharap mereka dapat menerima saya nanti," kata Encik Khaw yang akan menjalankan portfolio pengangkutannya mulai esok.