Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khaw jangka laluan baru Downtown hadapi 'masalah awal' operasi

Dec 21, 2015 | 01:13 PM



MENTERI Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, memberi amaran tentang laluan baru Downtown (DTL2) yang mungkin menghadapi masalah awal dalam tempoh beberapa bulan pertama operasinya.


Dalam blognya pagi tadi, beliau memberikan analogi antara laluan MRT baru itu dengan masalah kesakitan tumbuh gigi yang dialami anak perempuan pertamanya.


"Isteri saya dan saya rasa tidak berdaya, kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan bagi mengurangkan kesakitan anak kami. Saya akan mengalami 'masalah awal' (teething) laluan kereta api yang pertama tidak lama lagi," kata beliau.


DTL2, yang sepanjang 16.6 kilometer dan mempunyai 12 stesen, akan dibuka secara rasmi Ahad ini (27 Dec).


Ia akan bermula di Bukit Panjang melalui koridor Bukit Timah menghala ke Rochor sebelum bersambung di Laluan Downtown 1 (DTL1) di stesen MRT Bugis.


Encik Khaw berkata meskipun ribuan ujian telah dilaksanakan pada sistem oleh jurutera Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SBS Transit, mereka tidak dapat meniru keadaan sebenar dalam sebuah sekitaran melibatkan ribuan penumpang.


"Jurutera memberitahu saya untuk menjangkakan tempoh 'sedikit masa melicinkan operasi' selama beberapa bulan sebelum sistem stabil. Ini adalah perkara biasa bagi semua laluan baru," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >