Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khaw: Kegagalan pekerja penyenggaraan SMRT hingga menyebabkan banjir, menjejas reputasi pekerja pengangkutan

Nov 14, 2017 | 02:51 PM



KEGAGALAN sekumpulan pekerja SMRT menjalankan tugas penyenggaraan sehingga menyebabkan landasan terowong MRT banjir bulan lalu telah menjejas nama baik pekerja SMRT yang lain yang menjalankan tugas dengan baik serta mencemarkan pekerja pengangkutan yang lain, menurut Menteri Pengangkutan Encik Khaw Boon Wan.



"Mereka telah menjejas reputasi Singapura dan rakyat Singapura,'' kata Encik Khaw, dalam ucapan di Bedok Town Square, semasa hari menghargai pekerja pengangkutan awam.



Pada kejadian berlaku pada 7 Oktober itu antara stesen MRT Bishan dan Braddell, banjir yang berlaku menyebabkan khidmat MRT bagi laluan Utara-Selatan terhenti selama 20 jam.



"Jadikan ia satu titik perubahan bagi SMRT, terutama perjalanannya merombak budaya korporatnya,'' katanya.



Beliau menggalak pekerja SMRT - daripada ketua pegawai eksekutif (CEO) hingga pekerja biasa - memberikan 100 peratus bagi menjadikan khidmat MRT boleh dipercayai lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >