Khaw: Pemerintah akan kaji semula aplikasi perkongsian kereta privet seperti uberX

PEMERINTAH akan mengkaji semula aplikasi perkongsian kereta privet seperti uberX, umum Menteri Pengangkutan yang baru dilantik, Encik Khaw Boon Wan, dalam satu pos blog pada Jumaat (2 Okt).

Encik Khaw berkata beliau telah menugaskan Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Encik Ng Chee Meng, berunding dengan pemandu teksi dan orang ramai untuk "membentuk satu huraian adil".

Dalam pos bertajuk 'Berkongsi ekonomi dalam peralihan', Encik Khaw berkata beberapa pemandu teksi memaklumkan beliau semasa kempen pilihan raya umum lalu bahawa uberX tidak adil, kerana pemandunya tidak memerlukan lesen vokasional sebab mereka memandu kereta sewa privet.

Beliau berkata walaupun tidak boleh menentang inovasi dan model perniagaan baru, "kita mesti sentiasa berlaku adil pada pemain, baik penyandang mahupun penentang, dan mencapai pendekatan seimbang".

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 35
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.