Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khaw: Sistem kereta api Singapura harus contohi Taipei

May 30, 2016 | 01:02 PM



MENTERI Pengangkutan Encik Khaw Boon Wan memuji sistem metro Taipei pada hari Isnin (30 Mei) dari segi kebolehpercayaan dan menggesa pengendali rel SBS Transit dan SMRT untuk mencontohinya.



Encik Khaw berkata bahawa Taipei Rapid Transit Corporation (TRTC) mempunyai kebolehpercayaan yang kuat dalam perkhidmatan di semua peringkat organisasi, penyelenggaraan dan penggantian aset yang tepat pada masa, serta tindak balas yang pantas terhadap masalah rangkaian rel sebagai kualiti yang harus dicontohi.



Bercakap semasa forum kejuruteraan kereta api tadi, beliau berkata bahawa Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) sedang bekerjasama dengan TRTC untuk menghantar kakitangan dari SBS dan SMRT untuk menghadiri bengkel metro untuk mempelajari penyelenggaraan aset dan memperbaiki kejuruteraan.



Encik Khaw berkata daripada menggunakan data mereka sendiri pada rejim penyelenggaraan, SBS dan SMRT perlu 'meniru' rejim TRTC dahulu, memandangkan sistem dan juga kereta api kededua negara adalah sama.



Pemerhatian Encik Khaw telah diperolehi dari lawatan sambil belajar ke Taipei dua minggu lalu, yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif LTA Encik Chew Men Leong, bersama-sama dengan SBS dan SMRT.



Pada 2015, TRTC mencatatkan jarak min 800,000 kilometer kereta api antara kelewatan yang melebihi lima minit, dan ini menurut Encik Khaw merupakan pencapaian yang cemerlang.



Rangkaian kereta api Singapura mencapai purata 130,000 kilometer kereta api antara kelewatan itu. Bagi suku pertama tahun ini, angka awal adalah 160,000 kilometer kereta api.



Berdasarkan sasaran beliau iaitu 200,000 kilometer kereta api bagi tahun ini, Encik Khaw mencabar SBS dan SMRT untuk meletakkan matlamat 400,000 kilometer kereta api diantara kelewatan itu menjelang 2018.



Ini akan digandakan kepada 800,000 kilometer kereta api menjelang 2020, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >