MENTERI Pengangkutan Encik Khaw Boon Wan memuji sistem metro Taipei semalam dari segi keandalannya dan menggesa pengendali rel SBS Transit dan SMRT supaya mencontohinya.
Encik Khaw berkata Taipei Rapid Transit Corporation (TRTC) mempunyai keandalan yang kuat dalam perkhidmatan di semua peringkat organisasi, penyelenggaraan dan penggantian aset yang tepat pada masa, serta tindak balas pantas terhadap masalah rangkaian rel dan ini merupakan perkara yang harus dicontohi.