Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khaw: Sistem MRT perlu lebih ramai jurutera 'banyak makan garam'

Oct 26, 2015 | 03:22 PM



Sistem kereta api Singapura memerlukan lebih banyak 'penangkap tikus' - jurutera 'banyak makan garam' yang punya ilmu dan pengalaman, kata Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, dalam satu pos menyusuli gangguan kereta api pada pagi Isnin (26 Okt).


Mengulas mengenai gangguan dua jam MRT Laluan Timur Laut itu, Encik Khaw menulis dalam satu posblog bertajuk Menangkap Tikus bahawa "kerosakan seperti itu mencemarkan reputasi kita, dan kami sedang menggandakan usaha kami untuk mempertingkat kebolehpercayaan kereta api".


"Warga Singapura layak mendapat lebih baik," tambah beliau.


Dalam pos itu, beliau berkongsi e-mel yang diterimanya daripada Encik Tan Gee Paw, pengerusi agensi air negara PUB, yang baru-baru ini diminta Encik Khaw menjadi penasihatnya mengenai transformasi kereta api.


Dalam e-mel itu, Encik Tan menulis bahawa untuk menangani kerosakan yang kerap berlaku, agensi terlibat perlu "melebihi kod amalan dan melakukan analisis risiko pencegahan ke atas keseluruhan sistem".


"Untuk melakukan ini, kita perlu melibatkan jurutera pengamal bijak, bermata tajam dalam bidang kejuruteraan sistem bagi kereta api bersama perunding pihak ketiga.


"Mereka adalah orang-orang yang akan meneliti sistem itu dan mengesan bahagian-bahagian sistem itu yang berisiko, di luar tataamalan dan mengingatkan kita pengubahsuaian yang harus dibuat segera."


Encik Tan memanggil mereka 'penangkap tikus' kerana pengalaman pada 1980-an, apabila tikus menyebabkan gangguan elektrik dan operasi loji pembakaran sampah pertama Singapura terjejas sepenuhnya.


Beliau melakar pelan induk untuk membersihkan Sungai Singapura, membantu mempelbagai sumber air Singapura dan menyelia pembangunan Airbaru, jenama air tebus guna Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >