ENCIK Burhan Mohamed mengeluarkan satu persatu khazanah moyangnya - orang kaya Banjar - yang terperap dalam almarinya lebih 40 tahun.
Barang-barang itu bukan permata berlian yang sering dikaitkan dengan kekayaan orang Banjar, tetapi pinggan mangkuk dan sudu garfu buatan England - lambang kehidupan mewah yang ditampilkan ketika menjamu tetamu pada zaman dulu.
Jika garfu diperbuat daripada perak, sudu pula daripada tembaga.
"Orang dulu-dulu bangga menghidangkan makanan kepada tetamu menggunakan pinggan mangkuk dan sudu garfu high class.
"Bagi orang Banjar yang terkenal sebagai orang kaya intan berlian, mereka menggunakan pinggan mangkuk dan sudu garfu buatan England yang mahal harganya.
"Peralatan itu menentukan status kekayaan mereka,'' kata Encik Burhan, 74 tahun, ayah empat anak, ketika ditemui di flat anaknya di Wooodlands.
Dalam pada beliau membariskan peralatan hidangan di atas meja, terselit beberapa keping pinggan mangkuk yang dibuat sempena pertabalan Ratu Elizabeth II pada 2 Jun 1953 - sekitar 64 tahun lalu.
Mata yang layu dek sehari suntuk berjalan Raya tiba-tiba segar kembali di malam hari apabila menonton babak polis kejar-mengejar samseng dalam filem aksi terkini Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti
Seringkali kita terperangkap dengan rutin harian sehingga terlupa tentang perkara penting – termasuk pengetahuan tentang kesihatan wanita, kesuburan serta isu pranatal dan pascapartum (lepas bersalin)
Melihat serpihan akibat kemusnahan perosak alam, Cik Hira Nabi, seorang pembikin filem wanita dari Pakistan menuntut jawapan kepada banyak persoalan: Apakah yang berlaku semasa pemusnahan itu? Apakah
Seorang lagi pembikin filem wanita yang diketengahkan dalam PerForm Open Academy of Arts and Activations (POA) ialah Cik Saodat Ismailova.
Beliau merupakan seorang pembikin filem dan artis berbakat
Baru-baru ini, seorang teman yang telah lama ‘hilang’ di media sosial tiba-tiba mengirim pesanan ringkas bertanya khabar sambil mengucapkan Selamat Hari Raya.
“Ya, saya dah lama gantung akaun Facebook
Dalam kita ghairah menyambut Hari Ibu 2024, mari kita hargai pengorbanan segolongan ibu yang dalam diam-diam bergelut dengan kemurungan selepas bersalin (PPD).
PPD adalah kebimbangan kesihatan awam
Setiap kali diundang ke Singapura untuk membuat persembahan irama tradisional Melayu, penyanyi dari seberang Tambak, Haziq Rosebi, terima dengan tangan terbuka dan teruja melihat sambutan peminat
Ada yang datang untuk bertemu artis legenda era 1970-an, Noor Kumalasari, yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen dan layar perak selepas berhijrah untuk menjalani kehidupan sebagai suri rumah
Siapa sangka sebotol kecil minyak wangi boleh mendedahkan begitu banyak mengenai identiti seseorang?
Selain memberikan aroma yang menyenangkan kepada badan, pemilihan minyak wangi seseorang boleh
Daripada telefon bijak hingga ke bandar bijak, inovasi seperti kecerdasan buatan (AI) semakin merombak industri dan mengubah cara individu bekerja, berkomunikasi dan menjalani kehidupan.
Generasi muda

Gambar Ratu Elizabeth yang berusia 25 tahun ketika itu turut dipapar pada piring-piring tersebut.
Encik Burhan juga menyimpan dua set tepak sireh perak, mangkuk buah-buahan kaca yang boleh dijadikan kepala meja dan alat membuat kuih semprit yang diperbuat daripada tembaga.
Barang-barang itu dipercayai berusia lebih 100 tahun.
Menurutnya, kesemua khazanah itu peninggalan moyangnya, Allahyarhamha Aloh Haji Jamal, anak orang kaya Haji Jamal Mohd Ali, saudagar intan berlian yang berasal dari Banjarmasin, Kalimantan.
Allahyarham Haji Jamal pernah memiliki lapan daripada 11 rumah kedai di Jalan Pisang.
Malah, beliau dikatakan pernah juga mempunyai lebih 100 hartanah lain di serata Singapura.
Encik Burhan, pesara penjaga setor di sebuah klinik pesakit luar, menyatakan kesemua peninggalan tersebut diambil daripada rumah nombor 17, Jalan Pisang, yang pernah diduduki Allahyarhamha Aloh, sebelum ia dilelong.
"Saya ambil banyak barang peninggalan moyang saya yang sudah masuk empat generasi untuk dijadikan ingatan.
"Saya pernah jual banyak barang peninggalan arwah kepada peniaga antik kerana kesempitan wang, antaranya asahan, dulang tembaga, tingkap berkerawang dan biola.
"Peniaga berkenaan ambil daripada kita dengan harga sangat murah, tetapi menjualnya dengan harga berlipat ganda kepada pengumpul barang antik,'' cerita beliau, sambil mengerling ke arah isterinya, Cik Alijah Abbas, 70 tahun.
Encik Burhan merancang menjual barang-barang tersebut kerana "tiada siapa mahu menjaganya", termasuk anak-anaknya.
Mereka yang berminat boleh menghubungi beliau di 9244-9483.