Khidmat bas di Punggol, Bukit Merah dipertingkat

PENDUDUK yang tinggal di kawasan Punggol tidak lama lagi akan mendapat perkhidmatan bas baru, manakala mereka yang tinggal berhampiran Bukit Merah akan mempunyai perkhidmatan bas yang dilanjutkan perjalanan.

Perkhidmatan bas bernombor 386, akan beroperasi dari hari Ahad depan, akan menghubungkan penduduk di Edgefield Plains kepada stesen MRT dan pusat pertukaran bas Punggol.

Bas tersebut akan berkhidmat untuk penduduk di sepanjang Punggol Central, Edgefield Plains dan tiga buah sekolah - Sekolah Rendah Edgefield , Sekolah Rendah Punggol View dan Sekolah Menengah Punggol.

Perkhidmatan bas bernombor 123M, yang kini menggunakan Tiong Bahru Road, Lower Delta Road dan Bukit Purmei Avenue, akan dilanjutkan untuk meliputi perjalanan di antara pusat pertukaran bas HarbourFront dan Tiong Bahru Road pada 24 Ogos.

Lebih banyak perjalanan akan ditambah dan waktu operasi perkhidmatan juga akan diperluaskan kepada selepas waktu sibuk dan hujung minggu, kata Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SBS Transit dalam satu kenyataan bersama semalam.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 46
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.