Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat di tiga laluan MRT dan LRT Bukit Panjang tergendala

mrt
Apr 26, 2016 | 07:26 AM



SATU kerosakan kuasa mencetuskan gangguan yang belum pernah berlaku sebelum ini ke atas perkhidmatan kereta api di sepanjang tiga laluan MRT dan satu laluan LRT pada Isnin (25 Apr) malam.



Ia mengganggu perjalanan ribu penumpang pada hujung waktu sibuk petang.



Kerosakan itu, yang berlaku pada 7.53 malam, juga membawa kepada gangguan kuasa dan ketiadaan penghawa dingin di semua stesen terjejas, yang kehilangan kuasa kecuali lampu kecemasan.



Perkhidmatan kereta api tergendala antara 30 minit hingga dua jam, dan perkhidmatan ulang-alik bas percuma dikerahkan.



SMRT berkata ia mengesan kerosakan itu pada "kekurangan kuasa" stesen pengambilan kuasa Buona Vista, yang mengambil kuasa dari grid kuasa untuk menggerakkan bahagian-bahagian rangkaian kereta api. Ini menyebabkan kehilangan kuasa, katanya.



Terdapat lima stesen pengambilan kuasa di Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) dan Laluan Circle (CCL). Tinjauan dengan SingPower mendedahkan kekurangan kuasa itu bukan isu bekalan.



Di sepanjang Laluan Timur-Barat, perkhidmatan dihentikan pada kedua-dua arah dari Joo Koon ke Buona Vista, dengan stesen sehingga Bugis terjejas pada satu peringkat.



Di sepanjang Laluan Utara-Selatan (NSL), stesen dari Jurong East ke Kranji terjejas, manakala di CCL, stesen menjangkau dari Caldecott ke HarbourFront terjejas.



Empat kereta api terhenti antara stesen di sepanjang LRT Bukit Panjang, dan 150 penumpang dipindahkan dengan selamat, kata SMRT.



Masih tidak jelas mengapa kekurangan kuasa menjejas CCL dan laluan LRT, kerana kededuanya tidak disambung pada landasan kereta api lain, tidak seperti NSEWL.



SMRT sedang menyiasat puncanya.



Menurut SMRT, perkhidmatan di NSEWL terganggu kira-kira 30 minit sehingga 8.23 malam, dan kira-kira sejam di CCL. Kereta api mula berjalan hanya lebih dua jam kemudian di laluan LRT, hampir pada 10 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >