Khidmat feri Batam Centre-S'pura ditangguh ekoran jerebu

KHIDMAT feri antara Batam Centre dengan Singapura telah ditangguh buat sementara waktu sejak 3.40 petang tadi, Jumaat, ekoran jerebu.

Khidmat feri dari Harbourfront ke Batam Centre juga ditangguh sejak 4.50 petang tadi sehingga notis lanjut, kata Pusat Pelayaran Singapura (SCC) dalam satu kenyataan hari ini.

Namun, terminal-terminal feri di Batam dan Bintan masih beroperasi.

Bagaimanapun, para penumpang dinasihatkan supaya menghubungi langsung pengendali feri untuk mengetahui perkembangan lanjut keadaan tersebut.

Mereka juga boleh melayari laman SCC, www.singaporecruise.com.sg, bagi mendapatkan maklumat jadual terkini.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.