Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat kereta api, bas dilanjut pada malam Hari Kebangsaan

Aug 02, 2016 | 12:49 PM



PERKHIDMATAN kereta api dan bas tertentu akan dilanjutkan pada malam Hari Kebangsaan (8 Aug), umum pengusaha pengangkutan SMRT dan SBS Transit.



SBS Transit, yang beroperasi di Laluan Utara Timur (NEL) dan Downtown, serta sistem LRT Sengkang dan Punggol, berkata perkhidmatan kereta api akan dilanjutkan selama 30 minit.



Sebagai contoh, kereta api terakhir arah ke stesen HarbourFront di NEL akan meninggalkan stesen Punggol pada 12.02 tengah malam, manakala kereta api terakhir di arah bertentangan bertolak dari HarbourFront pada 12.30 tengah malam.



Laluan Utara Selatan, Timur Barat dan Circle, serta LRT Bukit Panjang, yang dikendalikan oleh SMRT, juga akan dilanjutkan.



Sementara itu, kedua-dua pengendali berkata pengaturan masa bas terakhir perkhidmatan tertentu akan diselaraskan supaya penumpang kereta api terakhir dapat menaiki bas mereka.



SBS Transit berkata waktu operasi 21 perkhidmatan di 10 pusat tukaran bas akan dilanjutkan.



Begitu juga dengan 14 perkhidmatan bas kendalian SMRT yang berlepas dari Bukit Panjang, Choa Chu Kang, Sembawang, Woodlands dan persimpangan Yishun.



Maklumat lanjut boleh didapati di laman web SMRT dan SBS Transit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >