Khidmat kereta api, bas dilanjutkan pada malam Tahun Baru Cina

SMRT akan memanjangkan masa perkhidmatan kereta api di laluan Utara-Selatan, Timur-Barat dan Circle pada Jumaat, 27 Jan sempena Tahun Baru Cina esoknya.

LRT Bukit Panjang dan perkhidmatan bas terpilih juga akan bergerak hingga awal pagi 28 Jan.

Waktu operasi perkhidmatan bas SMRT terpilih juga akan dilanjutkan, supaya penumpang kereta api terakhir boleh meneruskan perjalanan menggunakan bas.

Sebagai contoh, bas terakhir perkhidmatan 300, 301, 302, 307 dan 308 akan berlepas dari pusat tukaran Choa Chu Kang selewat 3.10 pagi.

Untuk maklumat lanjut, penumpang boleh menghubungi Hotline Pelanggan SMRT di 1800-336-8900, dari 7.30 pagi hingga 8 malam pada hari bekerja, tidak termasuk cuti umum.

Mereka juga boleh melayari laman www.smrt.com.sg.

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.