Khidmat kereta api NEL pulih lepas dua kelewatan

PERKHIDMATAN MRT Laluan Utara-Timur (NEL) telah pulih selepas dua kelewatan yang disebabkan oleh kerosakan isyarat pagi Selasa (8 September).

Khidmat bas percuma juga telah hentikan.

Kerosakan pertama, diumum pengendali SBS Transit menerusi tweet pada 7.19 pagi, menyebabkan kelewatan 10 minit dalam masa perjalanan.

Kesalahan kedua, diumum menerusi tweet pada 8.48 pagi, menyebabkan kelewatan 20 minit dalam masa perjalanan.

Semasa gangguan kedua, kereta api arah utara berhenti bergerak selepas Hougang, dan hanya berulang-alik antara Punggol dan Buangkok di laluan arah selatan.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.