Khidmat Laluan Downtown tergendala dek pintu platform rosak

PERKHIDMATAN MRT Laluan Downtown terganggu pada pagi Selasa (4 Okt) disebabkan kerosakan pintu skrin platform di stesen Sixth Avenue.

Sebuah gambar tweet yang dihantar oleh seorang penumpang menunjukkan pintu platform tercabut dan kacanya retak.

Perkhidmatan kereta api dihentikan antara stesen Sixth Avenue dan King Albert Park dan dan bas percuma disediakan oleh SBS antara stesen Botanic Gardens dan Beauty World.

Penumpang menulis tweet bahawa mereka terpaksa menunggu sehingga 20 minit untuk kereta api mereka dan kumpulan besar penumpang mengumpul di sepanjang laluan itu di stesen seperti Bukit Panjang.

Kementerian Pendidikan (MOE) berkata dalam laman Facebook bahawa pelajar yang mengambil peperiksaan yang terperangkap dek gangguan itu harus pergi ke pusat peperiksaan terdekat.

Satu kemas kini daripada SBS menunjukkan perkhidmatan kereta api di Laluan Downtown pulih mulai 8.25 pagi dan perkhidmatan bas dan bas sambungan percuma masih boleh didapati di perhentian bas yang ditetapkan.

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:15
Isyak
8:24
3 HR PSI: 39
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,126.930 +8.740