Khidmat MRT bermula lebih lewat di 13 stesen NSEWL mulai Ahad ini

PERKHIDMATAN kereta api akan bermula lebih lewat setiap Ahad, mulai Ahad ini (5 Jun), di 13 stesen MRT di sepanjang laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat.

Perkhidmatan dari Joo Koon ke Bukit Merah di Laluan Timur-Barat dan Jurong East ke Bukit Gombak di Laluan Utara-Selatan akan bermula pada 7 pagi mulai Ahad ini hingga 18 Dis.

Pengendali kereta api SMRT berkata dalam satu peringatan pada Khamis (2 Jun) ini bagi membolehkan pasukan projek, pasukan peronda landasan dan pasukan penyenggaraannya mempunyai tambahan 29 malam kerja sepanjang tempoh enam bulan itu.

Masa tambahan itu akan memberi kakitangan kejuruteraan lebih banyak masa untuk bekerja bagi projek pembaharuan dan penyenggaraan, ujar SMRT.

Penumpang dinasihatkan supaya menimbangkan pengangkutan alternatif sekiranya mereka perlu melakukan perjalanan sebelum 7 pagi. Ini termasuk perkhidmatan bas sedia ada untuk ke stesen kereta api lain atau Laluan Circle dan Laluan Downtown bagi perjalanan arah ke pusat bandar.

Perkhidmatan bas berbayar selari baru akan disediakan di laluan dari stesen Joo Koon ke stesen Bukit Gombak (lewat stesen Jurong East) pada kedua-dua arah.

Ia akan beroperasi setiap 10 minit antara 5.30 dan 7 pagi pada Ahad apabila tidak dapat perkhidmatan kereta api.

Tambangnya sepadan dengan jarak perjalanan kereta api, ujar SMRT.

Perkhidmatan bas sedia ada terdapat bagi perjalanan antara stesen Jurong East dan Queenstown.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 57
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.