KEANDALAN atau taraf reliabiliti khidmat kereta api di sini bertambah baik, dengan rangkaian MRT mencatat perjalanan kereta api 387,000 kilometer berselang kelewatan, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, kata Menteri Kedua Pengangkutan, Encik Ng Chee Meng, semalam.
Ini lebih dua kali ganda berbanding perjalanan kereta api 168,000 kilometer pada tempoh yang sama tahun lalu, kata Encik Ng di majlis perasmian Lanjutan Tuas West (TWE) di stesen MRT Tuas Link.