Khidmat online DBS tergendala selama 3 jam

PENGGUNA perbankan dalam talian DBS yang bergantung kepada alat keselamatan token untuk menggunakan khidmat tersebut tidak dapat berbuat demikian pagi ini, Selasa, ekoran sistem khidmat itu tergendala.

Ia berlangsung selama tiga jam bermula sekitar 9.30 pagi dan menjejas semua urusan dalam talian yang memerlukan penggunanya menggunakan kata laluan yang diberikan oleh token keselamatan tersebut.

Antara khidmat yang tergendala termasuk memindahkan dana, memeriksa baki akaun dan membayar bil.

Dalam kenyataannya menerusi laman Facebooknya sekitar 10.40 pagi tadi, DBS berkata pengguna boleh menggunakan khidmat SMS OTP, yang menghantar kata laluan langsung kepada telefon bimbit pengguna, untuk menjalankan urusan dalam talian mereka.

Akhbar The Straits Times difahamkan gangguan tersebut disebabkan oleh kerosakan hadwe.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 18
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.