Khidmat pengangkutan awam dilanjutkan

KHIDMAT MRT akan berakhir lewat demi memenuhi keperluan orang ramai yang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lee Kuan Yew di Bangunan Parlimen.

Perkhidmatan MRT terakhir akan meninggalkan stesen City Hall, Raffles Place dan Clarke Quay kira-kira 1 tengah malam berbanding jadual biasa yang berakhir sekitar 11.50 malam.

Khidmat LRT dan 41 perkhidmatan bas sokongan (feeder service) pula akan disepadankan dengan perkhidmatan terakhir MRT.

Ini dinyatakan dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh SBS Transit, SMRT dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Penyesuaian sebegini dilakukan syarikat pengendali pengangkutan awam akan membolehkan mereka menjalankan kerja-kerja penyenggaraan sebelah malam supara perkhidmatan MRT dan LRT dapat dipertingkatkan semasa Perarakan Persemadian Negara, esok.

Dalam pada itu, SBS Transit dan SMRT akan mempertingkatkan khidmat Night Bus yang selalunya beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu dan sehari sebelum Cuti Umum.

Sebanyak 13 perkhidmatan bas ini akan beroperasi antara 12 tengah malam hingga 6 pagi, selang 15 minit setiap perkhidmatan, dan bertindak selaku khidmat penghubung untuk penduduk di kawasan-kawasan seperti Jurong, Bukit Batok, Yishun, Ang Mo Kio, Sengkang dan Tampines.

Lima khidmat utama bas SBS Transit, bernombor 32, 124, 145 dan bas SMRT bernombor 190 dan 851) akan beroperasi sehingga 6 pagi selang 15 minit bagi setiap perkhidmatan demi menghubungkan penduduk di estet perumahan ke pusat bandar.

Untuk esok pula, semua khidmat kereta api akan tiba di stesen lebih kerap antara tiga dan lima minit antara 11 pagi hingga 6 petang, bagi memudahkan orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lee semasa Perarakan Persemadian Negara.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.