Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat pengangkutan percuma bagi golongan memerlukan di Keat Hong

Oct 08, 2014 | 01:55 PM



PENDUDUK warga emas yang berpendapatan rendah atau tinggal sendiri di kawasan Keat Hong di Chua Chu Kang kini tidak perlu runsing memikirkan bagaimana untuk menghadiri sesi fisioterapi atau pemeriksaan kesihatan mereka.


Ini kerana sejak dua bulan lalu, anggota akar umbi kawasan itu giat menggembleng tenaga relawan di kalangan penduduk bagi menawarkan kenderaan dan khidmat mereka secara percuma untuk membawa penduduk warga tua yang memerlukan itu ke hospital, poliklinik dan sebagainya.


Mendedahkan demikian dalam satu taklimat media pagi tadi, Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zaqy Mohamad, berkata program itu akan dilancarkan semasa Menteri Tenaga Manusia, Encik Tan Chuan-Jin, berkunjung ke divisyen Keat Hong dalam GRC Chua Chu Kang itu pada 26 Oktober nanti.


Sejauh ini, seramai 10 penduduk telah mendaftarkan diri untuk menjadi relawan program itu. Mereka termasuk karyawan, pemandu teksi, pemandu bas mini dan sebagainya.


Penduduk yang ingin mendaftar bagi program ini boleh menghubungi Encik Teo Poh Aun di talian 8685-2266 semasa waktu pejabat.


Seramai lima warga emas pula telah meraih manfaat daripada program itu sejauh ini dan mereka termasuk warga tua yang tinggal sendiri di rumah pada siang hari sementara keluarga mereka keluar bekerja.


Daya usaha itu merupakan antara program kendalian divisyen tersebut bagi mengisi jurang keperluan golongan yang memerlukan di kawasan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >