Khidmat pergigian Singapura akan lebih mesra warga senja

INFRASTRUKTUR pergigian tempatan akan dipertingkat bagi menyokong pengurusan pesakit warga senja dengan lebih baik, sedang negara ini mempersiapkan diri untuk berdepan dengan penduduk semakin menua.

Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, juga memberi jaminan pemerintah akan memastikan kos bagi rawatan gigi terus dimampui bukan sahaja bagi warga senja, tetapi seisi keluarga.

Berucap di Pameran dan Mesyuarat Pergigian Antarabangsa (IDEM) kelapan di Suntec City hari ini, Encik Gan mendedahkan Pusat Pergigian Nasional akan menjalani peningkatan bagi menyediakan khidmat lebih baik dan khusus bagi warga senja dan pesakit kompleks.

Pusat Kesihatan Oral yang bakal dibuka di Hospital Universiti Nasional (NUH) juga mempunyai rancangan untuk mengadakan kemudahan bagi menyokong latihan klinikal yang lebih luas dan mendedahkan mahasiswa pergigian cara-cara mengurus pesakit tua dan pesakit keperluan khas.

Pameran itu dihadiri 8,000 peserta - angka terbesar dicapai sejauh ini - dari lebih 60 negara.

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.