Khidmat perkongsian basikal terbaru tawar basikal gunung

 

 

PILIHAN berbasikal bagi penduduk Singapura kini bertambah selepas satu lagi syarikat memulakan khidmat perkongsian basikal.

ShareBikeSG, yang mula beroperasi sekitar sebulan lalu, menawarkan 300 basikal gunung yang diletakkan di beberapa kawasan tertentu, seperti di Chestnut Nature Pak dan Gardens by the Bay.

Khidmat perkongsian basikal gunung ini ditawarkan oleh Encik Ethan Tan, yang juga memiliki FixieSG - kedai menjual basikal gear tunggal di Geylang Road, dan Aire MTB, yang menyewakan basikal gunung di Chestnut Nature Park.

Ini adalah kali pertama basikal gunung yang mempunyai lebih satu gear dan sesuai digunakan di permukaan tidak mendatar ditawarkan oleh khidmat perkongsian basikal.

Khidmat perkongsian basikal lain seperti oBike dan ofo menawarkan basikal gear tunggal yang hanya sesuai digunakan di jalan bertar atau laluan pejalan kaki.

Bercakap kepada akhbar The Sunday Times (ST), Encik Tan, 30 tahun berkata beliau menyediakan khidmat ini untuk mempermudah orang yang ingin berbasikal di Chestnut Nature Park.

Laluan masuk ke taman yang memuatkan trel berbasikal gunung itu, terletak lebih 1 kilometer dari perhentian bas paling dekat di Petir Road.

Buat masa ini, terdapat sekurang-kurangnya 15,000 basikal yang ditawarkan oleh pengendali khidmat perkongsian basikal di Singapura.

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:40
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
3 HR PSI: 40
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.