PARA penumpang dapat menikmati khidmat WiFi secara percuma di 33 stesen MRT mulai semalam, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, LTA berkata lima lagi stesen - Buangkok, Kovan, Little India, Paya Lebar dan Potong Pasir - kini menyediakan khidmat WiFi.