Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khutbah ajak Muslim bina keyakinan masyarakat demi hadapi cabaran masa depan

Apr 24, 2023 | 05:30 AM



MASYARAKAT Islam Singapura mesti menguatkan azam untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam hidup, sambil merendahkan hati sebagai tanda kesyukuran atas segala nikmat yang diberi.



Menekankan demikian dalam khutbah Hari Raya Aidilfitri, Dr Nazirudin Mohd Nasir menekankan perkara tersebut boleh dicapai menerusi semangat untuk terus memperbaiki diri sambil mengambil iktibar daripada pengalaman lalu.



Dr Nazirudin telah memimpin solat Aidilfitri di Masjid Al-Muttaqin dengan antara jemaah terdiri daripada Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Presiden Halimah Yacob pula menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Sultan, dengan solat dipimpin Timbalan Mufti, Dr Muhammad Hannan Hassan.



Khutbah tersebut turut disampaikan di kesemua masjid-masjid dan lokasi solat di luar masjid pada Sabtu.



Dala khutbahnya itu, Mufti berkata:



"Amat penting untuk kita terus memupuk dan menerapkan sikap positif sedemikian dalam diri kita. Ini kerana agama kita tidak mengasingkan antara ibadah kita dengan adab kita, mahupun antara akhlak kita dengan tanggungjawab kita terhadap orang lain.



"Keyakinan kita berpunca daripada ilmu dan pemahaman agama. Oleh itu, kita semua perlu terus berusaha meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang agama, demi membina keupayaan dan keyakinan masyarakat untuk menghadapi cabaran masa hadapan."



Sementara itu, dalam meraih kemenangan di Aidilfitri, Dr Nazirudin menyeru masyarakat Islam supaya terus menyebarkan kebaikan, saling bantu-membantu, serta sentiasa bersikap yakin sedang kita perlu membuat penyesuaian demi mengatasi cabaran.



"Ini hanya dapat kita raih, sekiranya kita menghayati pengajaran dari pengalaman. Jika kita belajar dari kelemahan, dan memperkukuhkan lagi kekuatan kita bersama.



"Maka untuk mengecapi kejayaan sejati dan yang berterusan, janganlah kita lupa akan keinsafan yang menjadi pemacu semangat untuk kita mengatasi kesusahan dan krisis satu ketika dahulu. Adalah amat rugi jika sekiranya keadaan kita sebelum dan selepas ujian adalah sama sahaja," kata Mufti Negara.



Dalam khutbahnya itu juga, Mufti menggariskan tiga perkara sebagai pengajaran untuk masyarakat iaitu sikap bertanggungjawab, keyakinan dalam kehidupan beragama dan ketiga memelihara institusi keagamaan kita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >