Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khutbah Jumaat di S'pura: Kembalikan kedamaian di Timur Tengah

Dec 09, 2017 | 05:30 AM



"Bertakwalah kita kepada Allah swt, sedarilah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, dan kehidupan akhirat adalah kehidupan yang sebenar dan kekal abadi.



Maka persiapkan diri kita untuk menghadapi hari perhitungan.



Kita kini menyaksikan pelbagai ketegangan dan konflik yang berlaku di pelbagai sudut dunia, termasuk di Timur Tengah.



Marilah pada saat-saat mustajab ini, kita rendahkan hati kita untuk memohon dan berdoa kepada Allah swt.



Ya Allah, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Pemelihara, dengan rendah hati kami memohon kepada-Mu, kembalikan ketenangan, kedamaian dan keamanan kepada dunia ini khususnya di daerah yang menyaksikan pergolakan dan cabaran.



Wahai Tuhan yang Maha Pelindung, lindungilah kami, negara kami serta saudara-mara kami di dunia ini termasuklah mereka di Palestin daripada sembarang kesulitan.



Kurniakanlah petunjuk, bimbingan serta hidayah-Mu agar sebarang konflik dan ketegangan dapat dihuraikan dengan aman.



Limpahkanlah kasih sayang-Mu kepada hamba-hamba-Mu yang memerlukan bantuan. Ringankanlah cabaran hamba-hamba-Mu yang berdepan rintangan.



Ya Hayyum ya Qayyum tunaikanlah harapan kami agar kembali dan berterusan keamanan dan kesejahteraan pada kehidupan semua insan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >