Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TAILONG CARI MANGSA DI MEDIA SOSIAL

Kian ramai belia terjebak, dedah ASP Mohd Farhan dari CID

Jun 23, 2016 | 05:30 AM



KALAU dahulu tailong menjerat peminjam yang tidak dapat melunaskan hutang dengan menjadikan mereka orang suruhannya, si lintah darat itu kini lebih kreatif menggunakan pelbagai wadah bagi merekrut kaki tailong termasuk belia.



Mereka melakukan demikian antara lain menerusi iklan 'pekerjaan' di media sosial dengan tawaran gaji lumayan bagi tugas mudah.



Menurut pegawai bertanggungjawab bagi Pasukan Penyerang Pemiutang Terlarang di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Penolong Superintenden Polis (ASP) Mohd Farhan Anas, cara merekrut menerusi media sosial ini antara sebab terdapat lebih ramai belia yang terlibat dalam kegiatan gangguan tailong sekarang berbanding dahulu.



Akibatnya, jumlah belia yang diberkas bagi kesalahan itu turut melonjak enam kali ganda bagi empat bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.



Menurut polis, seramai 61 belia berusia 19 tahun ke bawah diberkas bagi kesalahan itu antara Januari dengan April tahun ini, dengan belia termuda yang ditangkap berusia 14 tahun.



Jumlah ini kira-kira enam kali lebih tinggi berbanding 10 belia yang ditangkap bagi kesalahan itu bagi tempoh yang sama tahun lalu (Januari-April 2015).



Secara keseluruhan, seramai 39 belia diberkas bagi kesalahan itu sepanjang tahun lalu.



"Sebelum ini tidak berapa sangat (cara merekrut) menerusi media sosial tetapi melalui laman web iklan pekerjaan.



"Tahun ini kami melihat terdapat usaha untuk sengaja merekrut (kaki tailong) menggunakan media sosial, khususnya Facebook," ujar ASP Mohd Farhan.



Tambahnya, tawaran 'pekerjaan' menjadi kaki tailong ini biasanya mengiklankan gaji lumayan sekitar $200 sehari, waktu kerja fleksibel dan tugas yang mudah tanpa menyatakan dengan jelas pekerjaan yang ditawarkan itu.



Malah, bergantung pada tahap keseriusan gangguan yang dilakukan kaki tailong itu, akhbar ini difahamkan mereka boleh dijanjikan bayaran sehingga $500 bagi setiap tugasan, katanya.



Antara gangguan itu termasuk merosakkan harta benda peminjam seperti menyimbah cat ke pintu rumah dan menyebabkan kebakaran ke atas kediaman mangsa.



Dek tergoda dengan tawaran mendapatkan wang dengan cepat dan mudah, sesetengah belia menghubungi pengiklan pekerjaan itu dan pemiutang terlarang itu akan memberi mereka arahan lanjut.



Namun awas, apabila ditangkap polis, mereka yang didapati bersalah melakukan kegiatan gangguan tailong boleh didenda antara $5,000 dengan $50,000, dipenjara sehingga lima tahun dan disebat antara tiga dengan enam kali walaupun mereka pesalah kali pertama.



Selain media sosial, sesetengah kaki tailong belia yang ditangkap kini juga direkrut daripada laman web pekerjaan seperti Gumtree, kata ASP Mohd Farhan.



Sebagai langkah mencegah belia - termasuk belia Melayu/Islam - daripada dijebak lintah darat, pelbagai usaha giat dijalankan polis dengan sokongan masyarakat.



Misalnya, pegawai daripada Unit Polis Masyarakat (CPU) Pusat Polis Kejiranan (NPC) antara lain berkongsi maklumat tentang kesalahan kegiatan tailong dengan belia yang mereka temui semasa menjalankan rondaan dan menyampaikan ceramah di sekolah.



Selain itu, polis turut berusaha mendekati belia menerusi media sosial dan menerusi ceramah bagi anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF).



Menurut ASP Mohd Farhan, pasukannya juga bekerjasama dengan Pusat Penasihat Hutang (DAC) Angkatan Karyawan Islam (AMP) sejak pusat itu ditubuhkan tiga tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >