Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kian ramai keluarga Melayu tinggal di flat sewa

May 11, 2016 | 09:40 AM



PERATUSAN keluarga Melayu yang tinggal di flat sewa satu dan dua bilik berganda sepanjang 10 tahun lalu, menurut angka pemerintah.



Tahun lepas, terdapat 14,600 keluarga yang ketuanya orang Melayu tinggal di flat sedemikian.



Ini membentuk 10.9 peratus daripada keseluruhan keluarga yang ketuanya orang Melayu, bertambah daripada 4.9 peratus - iaitu 5,779 keluarga - pada 2005, menurut Tinjauaan Isi Rumah Umum terkini yang dikeluarkan pada Mac.



Walaupun sesetengah mereka mungkin menyewa di pasaran terbuka, sebahagian besar menjadi penyewa di bawah skim sewa awam Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), yang bertujuan membantu golongan memerlukan.



Namun, ahli akademik, pekerja sosial dan Anggota Parlimen (AP) menasihati usah membuat kesimpulan tergesa-gesa mengenai sebab-sebab peningkatan itu, lapor akhbar The Straits Times pada Rabu (11 Mei).



Ahli sosiologi Tan Ern Ser dari Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata: "Kita perlu menelusuri lanjut untuk mengetahui apakah jika kita melihat dari umur dan kelas, perbezaan etnik menjadi tidak ketara dari sudut statistik."



Kira-kira 57 peratus pelanggan perkhidmatan keluarga Angkatan Karyawan Islam (AMP) tinggal di flat sewa, meningkat daripada kira-kira 30 peratus lima tahun lalu.



Tetapi pertambahan itu mungkin disebabkan bekalan lebih tinggi flat sewa awam, kata Pengurus Kanan AMP, Cik Hameet Khanee.



HDB telah menambah bekalan flat sewa daripada 42,000 unit pada 2007 kepada 53,500, dengan matlamat meningkatkannya kepada 60,000 tahun depan.



Ia berkata: "Peningkatan dalam nisbah keluarga flat sewa Melayu bukan sekadar isu perumahan, dan kami sedang bekerjasama dengan MSF (Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga) dan agensi lain untuk lebih memahami punca ketidakstabilan perumahan keluarga flat sewa secara umum."



Dalam kalangan pelanggan AMP yang tinggal di flat sewa, kira-kira satu dalam 10 sedang menunggu flat baru yang dibeli daripada HDB siap.



Bagaimanapun, keluarga Melayu juga membentuk bahagian yang semakin bertambah keluarga flat sewa satu dan dua bilik.



Mereka membentuk hampir satu pertiga daripada 45,500 keluarga flat sewa, meningkat daripada kira-kira satu dalam enam 10 tahun lalu.



Perubahan keadaan ekonomi boleh menjadi sebabnya, kata penyelidik Lai Ah Eng daripada NUS.



Pekerja Melayu berpendapatan rendah mungkin telah "diganti oleh buruh asing murah" dalam pekerjaan seperti pembersihan, katanya.



Dalam kalangan pelanggan perkhidmatan keluarga AMP, kekurangan simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) - disebabkan pengangguran atau kerja ad hoc - sebab paling tinggi mereka tinggal di flat sewa, iaitu membentuk 86 peratus.



AP GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Zainal Sapari, berkata beliau melihat lebih ramai penduduk Melayu merayu diberi flat sewa di Sesi Bertemu Penduduk (MPS) beliau.



Mereka termasuk pasangan tua yang menjual flat untuk tinggal bersama anak tetapi hubungan mereka goyah, keluarga bercerai, dan mereka yang belum mampu membeli flat.



Menyifatkannya sebagai "trend membimbangkan", beliau berkata: "Hidup dalam sekitaran flat sewa mungkin tidak kondusif bagi membesarkan anak-anak kecil."



HDB menggalak penyewa yang kewangannya stabil menimbangkan membeli flat apabila tempoh memperbaharui penyewaan mereka dikaji semula. Pemohon kali pertama yang layak boleh mendapatkan geran sehingga $80,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >