LEBIH ramai warga Singapura kini menyertai kegiatan seni dan budaya, daripada acara kepada pendidikan, dengan bilangan pengunjung ke muzium negara dan institusi warisan mencapai rekod baru tahun lalu.
Perangkaan Kebudayaan Singapura (SCS) tahun ini juga menunjukkan bahawa minat mengikuti kursus seni peringkat pengajian tinggi sepenuh masa dan menceburi kerjaya seni semakin meningkat dalam kalangan orang muda.