KILAUAN bunga api keemasan yang mekar indah di langit malam terpancar pada wajah ribuan orang yang menyambut Hari Kebangsaan Jubli Emas watan ini di Padang semalam.
Kemeriahan dirasakan di seluruh kawasan Marina Bay yang bak lautan merah dalam perayaan yang mengiktiraf sumbangan perintis yang tanpa lelah membangunkan negara sehingga ia mencapai kemajuan hari ini.