Kiraan sampel: Calon PAP Murali dahului dengan 61% undi

CALON Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Muralidharan Pillai, sedang mendahului pesaingnya calon Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Chee Soon Juan dalam kiraan sampel pilihan raya Bukit Batok yang diumumkan sebentar tadi.

Encik Murali mendapat 61 peratus undi, manakala Dr Chee menerima 39 peratus.

Namun oleh kerana keputusan ini merupakan kiraan sampel, keputusan pilihan raya mungkin berbeza.

Pengiraan undi masih diteruskan.

Orang ramai harus menunggu pengumuman keputusan rasmi pilihan raya menerusi siaran langsung di televisyen oleh Pegawai Pilihan Raya Encik Ng Wai Choong.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 16
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.