Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kiriman bungkusan mengandungi peluru ke tempat lain dikesan di Singapura

Jan 24, 2017 | 07:44 AM



SATU bungkusan yang dikirim ke satu destinasi lain dikesan mengandungi 65 peluru ketika dipintas di Singapura minggu lalu.



Kejadian itu berlaku pada 16 Jan di Airfreight Centre Changi.



Ini disahkan jurucakap polis kepada The Straits Times.



Pegawai daripada Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan yang bertugas mengesannya semasa membuat pemeriksaan bungkusan.



Polis tidak mengatakan dari mana asal bungkusan itu dan ke mana ia dikirim. Adalah difahamkan ini kali pertama bungkusan mengandungi peluru dipintas di sini.



Siasatan sedang dijalankan, kata jurucakap polis.



Kes itu telah diklasifikasikan sebagai mengimport senjata api, senjata atau bahan letupan tanpa lesen di bawah Akta Senjata dan Bahan Letupan.



Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga $10,000 dan penjara selama tiga tahun.



Oleh kerana Singapura adalah hab global bagi kargo udara, pemeriksaan dan prosedur ketat dilakukan di Lapangan Terbang Changi untuk memastikan barang-barang dihantar dari dan melalui Singapura memenuhi keperluan polis dan lain-lain lain, kata Encik Steven Lee, pengerusi Persatuan Agen kargo udara Singapura.



Bagi barangan yang dieksport dari Singapura, polis mempunyai pangkalan data perkapalan yang dikenali supaya sumber boleh digunakan dengan berkesan.



Kargo syarikat berkenaan menjalani pemeriksaan rawak - dipercayai kira-kira 10 peratus daripada kargo keluar - berbanding dengan 100 peratus. Untuk berada dalam senarai itu, syarikat mesti menunjukkan bahawa mereka mempunyai sistem pemeriksaan keselamatan di gudang mereka.



Cabarannya terletak dalam memeriksa dan pemeriksaan barang-barang transit - seperti bungkusan yang mengandungi peluru - yang mungkin singgah di Singapura hanya beberapa jam, kata Encik Lee.



"Untuk mengelakkan kes serupa itu, anggota kami yang menghantar barangan melalui Singapura dari pasaran lain biasanya berurusan dengan syarikat perkapalan berlesen dan adn memahami undang-undang dan peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa di sini," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >