Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kit permulaan untuk keluarga HDB beralih ke TV digital

Apr 07, 2018 | 05:30 AM



SEMUA keluarga Singapura yang tinggal di flat HDB dan tidak melanggani khidmat televisyen berbayar (Pay TV) akan menerima satu kit permulaan televisyen digital (DTV) daripada Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).



Ini akan membolehkan mereka terus menikmati rancangan televisyen setempat yang bebas ke udara selepas isyarat televisyen analog dimatikan pada 31 Disember 2018.



Demikian diumumkan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, semasa berucap di majlis penghargaan rakan kerja IMDA di The Theatre at Mediacorp semalam.



Dengan kit permulaan DTV itu, keluarga yang layak boleh mendapatkan antena dalam rumah dan set top box digital percuma (termasuk pemasangan dan penghantaran percuma), atau menikmati potongan harga $100 bagi alat DTV tertentu.



Keluarga yang layak juga akan menerima surat yang menjelaskan bagaimana kit permulaan DTV itu boleh digunakan antara bulan depan dengan Jun ini.



Penduduk yang tinggal di Clementi dan Tampines merupakan antara kumpulan pertama penduduk yang akan menerima surat itu.



"Menerusi kit permulaan DTV ini, pemerintah komited membantu warga Singapura beralih ke DTV dan menikmati manfaatnya," kata Dr Yaacob.



Tambahnya, IMDA juga akan meningkatkan kesedaran dan bantuan yang disediakan dalam masyarakat untuk menolong warga Singapura beralih ke DTV.



Penduduk antara lain boleh menjangkakan pameran di estet perumahan utama sepanjang tahun, ujar Dr Yaacob.



Menerusi pameran itu, mereka boleh menyaksikan manfaat DTV serta dibantu untuk mendapatkan kit permulaan DTV itu.



Selepas Singapura menghentikan siaran televisyen analog pada 31 Disember tahun ini, rancangan televisyen bebas ke udara hanya akan disiarkan dalam format digital.



Oleh itu, orang ramai yang masih melihat logo "Analogue" di bahagian kanan atas skrin televisyen mereka perlu beralih ke DTV.



Sekitar tiga suku penduduk Singapura kini sudah menggunakan DTV sama ada secara bebas ke udara atau menerusi langganan Pay TV.



Sebelum ini, IMDA juga telah melancarkan Skim Bantuan DTV bagi membantu keluarga berpendapatan rendah beralih ke DTV.



Kit permulaan DTV yang diumumkan Dr Yaacob semalam merupakan satu lanjutan daripada Skim Bantuan DTV itu untuk membantu lebih ramai keluarga beralih ke DTV.



Dengan menggunakan DTV, orang ramai akan menikmati pengalaman menonton rancangan televisyen bebas ke udara yang lebih baik, dengan bunyi dan gambar berdefinisi tinggi.



Mereka juga dapat menikmati ciri-ciri interaktif termasuk sari kata dalam pelbagai bahasa dan panduan rancangan televisyen elektronik.



Apabila Singapura beralih kepada DTV, ini juga dapat memperuntukkan semula spektrum frekuensi radio yang terhad bagi menyediakan kelajuan jalur lebar mudah alih lebih tinggi dan baik, lantas mempertingkatkan pengalaman pengguna.



Di majlis semalam, Dr Yaacob turut menarik perhatian usaha seluruh masyarakat bersatu tanpa mengira latar belakang, usia dan bangsa untuk membantu warga emas menggunakan teknologi dalam kehidupan harian mereka.



"Untuk merebut peluang dan menikmati manfaat teknologi digital, setiap warga harus bersedia dari segi digital, baik di tempat kerja, sekolah dan dalam kehidupan harian mereka.



"Warga emas kita juga tidak harus ketinggalan. Menerusi usaha anda, kami telah berjaya membantu dan memperkasa 200,000 warga emas selama ini," katanya.



Antara usaha masyarakat itu termasuk Duta Kesejahteraan Infokom Warga Emas, warga emas yang menimba ilmu dalam bidang teknologi dan berkongsi pengetahuan mereka dengan warga emas lain.



Dr Yaacob turut menyentuh tentang pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Syafiq Lee Sani Lee, yang menyumbang tenaga sebagai seorang relawan di Silver IT Fest tahun lalu untuk membantu warga emas belajar bagaimana untuk menggunakan media sosial serta khidmat cloud untuk menyimpan data.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >