LAGI lima bayi mungkin telah meminum susu formula yang mungkin mengandungi bakteria, menurut Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) hari ini (30 Ogos).
Menerusi satu kenyataan, KKH berkata bayi itu mungkin memnium susu Dumex Mamil Gold Infant Milk Formula - Stage 1 (850 gram) yang ditarik balik oleh Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) baru-baru ini.
Bayi itu dikenal pasti selepas pihak hospital menjalankan pemeriksaan tambahan ke atas rekod semua pesakit yang dimasukkan ke hospital tersebut, lapor akhbar The Straits Times.
Bagaimanapun, KKH berkata mereka telah menghubungi penjaga lima bayi itu sebagai langkah berjaga-jaga dan mendapati bahaa mereka dalam keadaan sihat.