Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KKH lancar kajian prahamil libatkan 1,000 pasangan

HASLEEN BACHIK
Jun 17, 2015 | 06:59 PM



HOSPITAL Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) sedang menerajui satu kajian prakehamilan berskala besar bagi mencari hubungan antara kesihatan dan kesejahteraan ibu sebelum dan semasa kehamilan dengan kesan jangka panjang ke atas diri dan anaknya.


Kajian Prakehamilan mengenai Hasil Jangka Panjang Ibu dan Anak Singapura itu, yang diberi nama singkatan S-PRESTO, susulan bagi sebuah kajian awal, Membesar di Singapura Ke Arah Hasil Sihat, atau GUSTO, yang dilancar pada 2009.


Dapatan GUSTO menunjukkan kesihatan ibu semasa hamil mempunyai kesan ke atas kesihatan bayi, misalnya paras tinggi gula dalam darah ibu ketika hamil boleh membuat komposisi lemak dalam badan anak tinggi dan kerisauan atau kemurungan ibu semasa hamil boleh mengakibatkan bayi bersaiz kecil apabila dilahir meskipun cukup bulan.


Ia juga menunjukkan ibu yang mengalami kencing manis ketika mengandung lapan kali ganda lebih berisiko menghidapi kencing manis Jenis 2 empat tahun setelah melahirkan.


Sementara GUSTO memantau keadaan ibu semasa hamil, S-PRESTO memulakan kajian ke atas ibu lebih awal, iaitu sebelum kehamilan.


Peserta S-PRESTO dan anak mereka akan menerima pemeriksaan dan laporan secara percuma sehingga anak tersebut berusia dua tahun.


Mereka yang berminat menyertai kajian itu boleh menghubungi talian 1800-777-3786 atau melungsuri laman web www.s-presto.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >