Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KL, Jakarta seru diadakan rondaan maritim bersama

Apr 19, 2016 | 10:54 AM



JAKARTA: Dua pemimpin Asia Tenggara menyeru negara jiran mereka supaya meninjau kemungkinan mengadakan rondaan bersama bagi menjamin keselamatan laluan maritim mereka di perairan sekitar selatan Filipina dan Sabah.



Ini berikutan tiga penculikan pelaut baru-baru ini oleh kumpulan militan Abu Sayyaf.



Presiden Joko Widodo menggesa Indonesia, Malaysia dan Filipina meninjau kemungkinan mengadakan rondaan bersama.



Secara berasingan di Kuala Lumpur, Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Singapura dan Thailand boleh disertakan sebagai "pemerhati" dalam rondaan di kawasan Laut Sulu, sedang Malaysia, Filipina, Brunei dan Indonesia cuba menyelesaikan ancaman pelanunan baru.



"Presiden (Encik Joko) baru sahaja meminta kami meneroka kemungkinan mengadakan keselamatan bersama dengan Malaysia dan Filipina," kata Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Keselamatan Indonesia, Encik Luhut Pandjaitan, pada Ahad (17 Apr), lapor agensi berita Antara.



Encik Luhut berkata tentera Indonesia tidak boleh memasuki wilayah Filipina untuk membantu mangsa penculikan, kerana pemerintah tempatan Filipina mesti mendapatkan kelulusan daripada Parlimennya.



Datuk Seri Hishammuddin, yang bertemu Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen, yang sedang melawat Malaysia, pada Isnin, berkata: "Bukan satu perkara baru bagi Singapura dan Malaysia bekerja bersama-sama, seperti yang kami lakukan dalam menjalankan rondaan bersama di sepanjang Selat Melaka."



Beliau ditukil laman berita Malay Mail Online sebagai berkata: "Adalah baik jika Singapura boleh menyertai kami sebagai pemerhati bersama Thailand, jadi mereka boleh membantu memberi kita, Filipina, Brunei dan Indonesia, input mengenai cara terbaik menangani masalah itu."



Seruan mengadakan rondaan bersama menyusuli tiga kes baru-baru ini di mana pelaut diculik semasa di atas bot di sekitar Laut Sulu oleh Abu Sayyaf, yang dikenali kerana pemerasan, penculikan, memenggal kepala dan pengeboman.



Sebelum ini, taktik Abu Sayyaf, yang berpangkalan di selatan Filipina, ialah menyerang pulau pelancongan di Sabah untuk menculik pelancong asing atau rakyat Sabah bagi mendapatkan wang tebusan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >