Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Klinik TCM baru mahu beri rawatan bagi lebih ramai pesakit bukan Cina

Dec 24, 2015 | 10:08 AM



SEBUAH klinik perubatan tradisional Cina (TCM) baru mahu menawarkan rawatan mampu milik kepada lebih ramai pesakit bukan Cina.


Terletak di tingkat dua Blok 637, Veerasamy Road, berdekatan Little India, Singa Charity Medical menawarkan konsultasi percuma kepada pesakit, memberi tumpuan pada pesakit barah atau penyakit metabolik seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan kencing manis.


Ia mula beroperasi kira-kira dua minggu lalu dan memeriksa sehingga 35 pesakit sehari, secara janji temu, lapor akhbar The Straits Times.


Penyelaras klinik itu, Cik Teh Poh Choo, berkata beliau berharap dengan menubuhkan klinik berdekatan dengan Little India, lebih ramai pesakit bukan Cina - yang kini membentuk kira-kira 30 peratus pesakitnya - boleh mengetahui lebih lanjut tentang TCM.


Konsultasi di klinik itu percuma, tetapi ubat bagi sehari berharga $3 dan bayaran bagi akupunktur ialah $5. Pesakit daripada keluarga berpendapatan rendah boleh memohon dikecualikan membayar kos ubat.


"Kami juga sedang berbincang dengan Jamiyah Singapura untuk menubuhkan sebuah klinik TCM di Geylang," kata Cik Teh, salah seorang daripada 15 profesional yang memulakan klinik tersebut.


Pengasas klinik itu, yang termasuk doktor, jurutera dan peguam, membiayai bil operasi klinik itu, dijangka kira-kira $800,000 setahun. Mereka merancang memohon status amal akhirnya.


Dua pakar perubatan klinik itu adalah lulusan program ijazah berganda Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dalam TCM dan sains bioperubatan.


"Untuk melayan pesakit bukan Cina, doktor mesti berupaya bercakap dalam bahasa Inggeris. Profesor dan perunding juga penting kerana pengalaman mereka yang luas," kata Cik Teh.


Mulai bulan depan, klinik itu akan mempunyai sehingga lima pengamal TCM berpengalaman yang akan meluangkan masa dan perkhidmatan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >