Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG PILIHAN RAYA PRESIDEN

Kok Song: Presiden harus seperti juruaudit luar syarikat

Aug 14, 2023 | 05:53 PM



Presiden dipilih harus seperti juruaudit dari luar syarikat – bebas dan bertanggungjawab bukan kepada pengurusan, sebaliknya kepada pihak berkepentingan luar, kata mantan ketua pegawai pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song.

Menggunakan analogi struktur tadbir urus korporat, Encik Ng, 75 tahun, menegaskan bahawa calon terbaik untuk presiden adalah seseorang yang tidak mempunyai ikatan politik dan “tidak bertanggungjawab kepada pemerintah tetapi kepada rakyat Singapura”.

Semasa lawatannya ke Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI) di Hill Street pada pagi Isnin, Encik Ng, yang mahu menjadi calon Presiden, memberitahu pihak media bahawa kebanyakan syarikat mempunyai juruaudit luar dan dalaman.

Terdapat kemungkinan atau risiko bahawa kerja dilakukan juruaudit dalaman tidak cukup bagus, tambahnya.

“Ini kerana juruaudit dalaman melapor kepada pengurusan tertinggi, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), dan oleh itu adalah biasa untuk juruaudit dalaman teragak-agak untuk menampilkan kesalahan serius dalam penyata kewangan,” kata Encik Ng.

“Presiden yang dipilih akan memegang kunci kedua kepada rizab negara kita… adalah penting bahawa presiden tidak sepatutnya menjadi sebahagian daripada pengurusan.

“Kerana jika tidak, presiden akan terkekang dengan apa yang beliau lakukan sebelum ini semasa beliau menjadi sebahagian daripada pengurusan,” ujarnya.

Selain Encik Ng, tiga lagi individu yang berhasrat untuk menjadi presiden ialah mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam; Encik George Goh, seorang usahawan; dan Encik Tan Kin Lian, mantan Ketua Pegawai Eksekutif NTUC Income.


Encik Ng menambah bahawa sebagai seseorang individu yang tidak mempunyai ikatan dengan Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan juga mempunyai kecekapan teknikal dan kewangan dalam mengendalikan rizab, beliau mempunyai kualiti penting untuk menjadi presiden.

Ketika lawatannya ke SCCCI, beliau ditemani tunangnya, Cik Sybil Lau, 45 tahun.

Mereka bertemu ahli majlis SCCCI dalam mesyuarat tertutup dan turut melawat Hab Budaya Perniagaan Cina SCCCI yang mempamerkan sejarah pertubuhan itu.


Encik Ng menyampaikan sekeping kaligrafi hasil Cik Lau kepada wakil daripada SCCCI dan mendedahkan bahawa beliau telah menyerahkan simbolnya untuk kelulusan. Simbol beliau merupakan sebuah tapak tangan dengan lima jari yang mewakili kaum berbeza.

Setiap calon presiden akan memilih simbol untuk mewakili diri dalam pilihan raya akan datang.

“Kita adalah satu negara, satu bangsa. Apabila satu jari terluka, seluruh tapak tangan akan terasa sakit. Inilah yang saya cita-citakan – negara kita, tanpa mengira bangsa, bahasa atau agama, akan bersatu demi masa depan kita,” kata Encik Ng.

Bagi Encik Tharman pula, beliau berkata pada minggu lalu bahawa beliau telah memilih simbolnya tetapi belum dapat menyerahkannya kerana laman web Jabatan Pilihan Raya (ELD) sedang dikemas kini.


Encik Tan pula mahu memohon penggunaan logonya, yang didedahkan sebelum ini dalam satu sidang media, sebagai simbolnya. Ia menggambarkan empat orang menjangkau ke atas.


Encik Ng menambah bahawa beliau yakin dapat mewakili Singapura di persada antarabangsa dan memainkan peranan presiden sebagai ketua diplomat, memandangkan pengalamannya dengan dana kekayaan negara GIC.


“Semasa saya ketua pegawai pelaburan di GIC, saya mungkin membuat lebih banyak lawatan antarabangsa daripada mana-mana menteri. Jadi saya kenal CEO korporat, bank pusat dan menteri kewangan. Saya akan membuat Singapura bangga di persada antarabangsa,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >