POLIS mengambil keputusan tidak akan mengambil tindakan selanjutnya ke atas mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Calvin Cheng, yang disiasat selepas satu laporan dibuat ke atasnya mengenai komen kontroversial yang dibuat secara dalam talian.
Keputusan itu dibuat selepas satu pertimbangan teliti ke atas fakta dan keadaan kes itu serta perundingan dengan Pejabat Peguam Negara, kata polis dalam suratnya kepada Encik Cheng yang bertarikh 5 Oktober.